Anda di sini

Bantuan RM10 ribu kepada setiap usahawan

Advertisement
 Madius (tengah) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta dan orang ramai yang hadir pada majlis berkenaan.
KENANGAN: Madius (tengah) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta dan orang ramai yang hadir pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan dan Perindustrian akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 setiap seorang bagi kemudahan usahawan di Pusat Dagangan dan Pelancongan 1Borneo.

Menterinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, bantuan itu akan diberikan sekiranya pihak penganjur yang memulakan pusat itu dapat menyerahkan senarai sebanyak 36 usahawan dalam tempoh dua minggu.

"Pusat ini akan menempatkan seramai 36 usahawan tetapi biarlah mereka yang ingin menyertai program ini benar-benar mahu memasarkan produk masing-masing.

"Para usahawan harus berasa bertuah dapat memasarkan produk mereka di kawasan 10 ribu kaki persegi di 1Borneo ini dengan kadar sewa minima," katanya ketika menyempurnakan pelancaran Pusat Dagangan dan Pelancongan 1Borneo dan perasmian Karnival Merdeka 2019, di sini semalam.

Beliau berkata, walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi pada masa kini, kerjasama di antara usahawan mampu membantu usahawan lain untuk mencapai kejayaan.

Katanya, setiap usahawan di sana nanti harus memasarkan produk yang berkualiti dan mampu memberikan keyakinan kepada para pembeli.

"Makanan khususnya harus mempunyai sijil serta kelulusan sebagainya... mereka semua menjual kepada pengunjung tempatan dan luar negara.

"Ini berkaitan dengan maruah atau imej negara khususnya negeri Sabah," katanya.

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pejabat kementeriannya kini dalam proses pemindahan ke Wisma Tun Fuad dan usaha mewujudkan kawasan perniagaan akan diadakan di lobi bangunan terbabit bagi membantu para usahawan memasarkan produk masing-masing.

  • oleh
  • Advertisement