Anda di sini

Anak nelayan ditemukan lemas 

Advertisement
 Bot mangsa ditunda oleh pasukan SAR selepas karam kira-kira 100 meter dari kawasan pantai.
TUNDA: Bot mangsa ditunda oleh pasukan SAR selepas karam kira-kira 100 meter dari kawasan pantai.

KOTA BELUD: Anak nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka dihempas ombak besar berdekatan Pantai Batu Gadong Tamau di sini pagi tadi ditemukan lemas oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, mayat Mohd Shahril Bashir, 28 ditemukan terapung di pesisir pantai pada jam 6.28 petang iaitu pada kedudukan 15 kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu mangsa bersama bapanya berumur 52 tahun terjatuh ke dalam laut manakala bot yang dinaiki karam kira-kira 100 meter dari kawasan pantai.

Operasi SAR kemudiannya diaktifkan jam 8.30 pagi membabitkan beberapa agensi keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement