Anda di sini

Amanita Labuan perkenal aplikasi VSP kekal ketenteraman awam

Advertisement
 Ibrahim menyampaikan keahlian rakan Amanita.
AMANITA: Ibrahim menyampaikan keahlian rakan Amanita.

LABUAN: Amanita sebuah badan libat sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kalangan surirumah memperkenalkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

Ketua Amanita Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan ASP Dorarin Guanoi berkata aplikasi itu memudahkan orang awam menyalurkan apa juga bentuk maklumat secara terus ke IPD.

"Seramai 37 wanita didaftarkan menjadi Rakan Amanita," katanya merujuk Program Taman Angkat Amanita di Perumahan Taman Mutiara Kg Sungai Bedaun di sini, pagi semalam.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani, Timbalan Ketua Amanita Kontinjen Sabah DSP Lim Chui Lee serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan Mimie D Sulvakumar.

Menurut Dorarin, program itu bertujuan mendekatkan lagi PDRM dengan penduduk khususnya kalangan suri rumah untuk ambil peduli masalah berkaitan jenayah dan keselamatan masyarakat dengan kerjasama JPNIN melalui program pendidikan dan jom ronda.

 PDRM dan penduduk bersama dalam Amanita.
BERSAMA: PDRM dan penduduk bersama dalam Amanita.

"Program ini juga merupakan usaha PDRM memastikan penduduk merasa lebih selamat di samping berkongsi pelbagai maklumat keselamatan untuk membantu polis," katanya.

Program itu juga bertujuan mendidik masyarakat agar lebih bertanggunjawab dalam melindungi penduduk daripada terlibat sebarang jenayah.

Beliau berharap program berkenaan dapat mewujudkan semangat kekitaan, kerjasama dan permuafakatan di antara masyarakat dan PDRM serta pelbagai jabatan untuk bersama mencegah dan memerangi jenayah.

  • oleh
  • Advertisement