Anda di sini

KML jalin kerjasama dengan SMK Tun Fuad Stephen, Tuaran

Advertisement
 Pinus Soikung (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Jumadil Ali.
CENDERAMATA: Pinus Soikung (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Jumadil Ali.

LABUAN: Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah menerima lawatan penanda aras dari warga SMK Tun Fuad Stephen, Tuaran, baru-baru ini bagi memperkayakan pengetahuan serta interaksi membina jalinan sekolah dan Matrikulasi.

Ketua rombongan SMK Tun Fuad Stephen, Pinus Soikung berkata, 43 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring yang menyertai rombongan tersebut bukan sahaja dapat menimba ilmu dan pengetahuan berkaitan Matrikulasi malah memberi peluang kepada pelajar-pelajar melihat sendiri bagaimana suasana kampus dan fasiliti yang disediakan.

Sesi taklimat disampaikan oleh Pustakawan KML, Jumadil Ali di Bilik Tayangan, Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan.  

Taklimat berkaitan sejarah dan perkembangannya serta maklumat berkaitan prospektus Matrikulasi.  

Selain itu, program lawatan turut diisi dengan melawat perpustakaan serta beberapa lokasi sekitar Kolej Matrikulasi Labuan.  

Mengakhiri lawatan ialah sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan antara tuan rumah dan rombongan. 

 Ahli rombongan SMK Tun Fuad Stephen tekun mendengar taklimat Pustakawan KML, Jumadil Ali di Bilik Tayangan, Perpustakaan KML.
TEKUN: Ahli rombongan SMK Tun Fuad Stephen tekun mendengar taklimat Pustakawan KML, Jumadil Ali di Bilik Tayangan, Perpustakaan KML.

Sementara itu, menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Loo Kimbind @ Brandy berkata, lawatan ini sebagai suatu permulaan.  

Beliau berharap pelajar akan mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang sewajarnya digunakan untuk melanjutkan pengajian tinggi di kolej matrikulasi.

“Lawatan ini sangat bermanfaat dan tidak mustahil akan menjadi program tahunan sekolah ke Wilayah Persekutuan Labuan dan memilih ke KML sebagai lokasi wajib,”katanya.

Advertisement