Anda di sini

MSU anjur acara khas Hari Kemerdekaan

Advertisement
 Mohd Shukri meraikan kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan bersama 1,200 kakitangan MSU.
RAI BERSAMA: Mohd Shukri meraikan kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan bersama 1,200 kakitangan MSU.

SHAH ALAM: Bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-62 hari ini, Management and Science University (MSU) mengadakan acara khas melibatkan penyertaan kakitangannya.

Seramai 1,200 kakitangan dari MSU College Kampus Shah Alam, Sentral dan Seremban serta MSU Medical Centre hadir bagi memeriahkan acara tersebut bersama Presiden MSU Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ majlis berkenaan bermatlamat untuk memperkasakan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara demi kesejahteraan serta kemakmuran dalam memupuk nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan berdaya tinggi.

Antara pengisian program ialah nyanyian lagu Negaraku serta MSU, lafaz ikrar Rukun Negara oleh kakitangan MSU yang diwakili pelbagai bangsa dan etnik di Malaysia dan pengibaran Jalur Gemilang gergasi.

  • oleh
  • Advertisement