Anda di sini

MPKK bertanggungjawab pastikan kemajuan pembangunan kampung

Advertisement
 Dumi dan Ayob bersama MPKK Lahad Datu.
BERKURSUS: Dumi dan Ayob bersama MPKK Lahad Datu.

LAHAD DATU: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranannya memajukan aktiviti pembangunan masyarakat di peringkat kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan mengambil berat mengenai peranan itu dalam kalangan penjawatnya agar wacana pentadbiran dan pembangunan selari dengan kehendak rakyat.

Katanya, MPKK yang bertindak sebagai penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala antara rakyat dan kerajaan turut menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat serta dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

"Pada umumnya, MPKK ini berkhidmat untuk menyampaikan kehendak masyarakat terhadap keperluan asas seperti membina jalan raya, bekalan air dan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan lain-lain kemudahan asas kepada kerajaan.

"Oleh demikian, MPKK perlu memahami dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab mereka agar mereka dapat menggalas tanggungjawab dalam bidang tugas mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Dumi Pg Masdal pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran MPKK bagi kawasan Lahad Datu, di sini semalam.

Menurut Ewon, kursus itu diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan MPKK dan berharap agar ilmu yang diperolehi daripada kursus itu akan dikongsikan kepada anggota MPKK yang lain.

Beliau turut menyarankan agar MPKK memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama bagi memastikan segala perancangan untuk memajukan kampung dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"MPKK juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada aspek keselamatan kampung seperti kehadiran pendatang tanpa izin, penyelahgunaan dadah dan sebarang bentuk jenayah serta wabak penyakit di kawasan masing-masing agar tindakan serius dapat dibuat untuk mencegah isu berkenaan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement