Anda di sini

Maxemilian wakil Malaysia ke Vietnam

Advertisement
MAXEMILIAN
MAXEMILIAN

KOTA KINABALU: Maxemilian Schreier Jusit, 22, adalah satu-satunya anak Sabah dari etnik Murut Keningau yang berjaya terpilih mewakili Malaysia ke Pertandingan Mister & Miss Culture World 2019 yang akan diadakan di Vietnam.

Beliau yang berasal dari Kampung Susulat Sook Keningau berjaya terpilih menerusi syarikat Stylo Entertainment, di sini baru-baru ini.

Pertandingan itu akan bermula pada 8 sehingga 14 September depan yang mana acara kemuncak adakan diadakan pada 13 September selepas pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program diadakan.

Kemunculan Maxemilian dalam pertandingan itu akan diiringi pasukan tarian Rangkatin yang terdiri daripada penari dari Sook, Nabawan dan Keningau.

Rombongan yang terdiri daripada lapan orang itu termasuklah ibu beliau yang juga pengurusnya, Amy Jusit dan Penolong Pengurus Andy Jusit.

Maxemilian dipilih berdasarkan pengalaman beliau sebagai salah seorang model terkenal di peringkat Asian. Beliau pernah muncul dalam persembahan model di Manila, Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Dalam pada itu, beliau akan turut mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah serta Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika kemunculan pada pertandingan itu nanti.

  • oleh
  • Advertisement