Anda di sini

Lebih 1,000 orang penganut Kristian sertai acara 'Walk For Jesus'

Advertisement
 Christina berucap semasa Program Walk For Jesus. 
AMANAT: Christina berucap semasa Program Walk For Jesus. 

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 orang penganut Kristian daripada pelbagai denominasi menyertai 'Walk For Jesus' yang diadakan di Padang Merdeka pada Ahad. 

Acara anjuran bersama Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC)  dan Persatuan Persaudaraan Penjara Malaysia menamatkan acara berjalan kaki sejauh 3.5 km menuju ke Katedral Sacred Heart.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata, acara itu merupakan satu perkumpulan yang indah daripada perpaduan Kristian dalam berkumpul untuk berdoa kepada negeri dan negara. 

"Saya sangat gembira terhadap komuniti Kristian mengambil langkah-langkah proaktif dengan menganjurkan acara sedemikian bagi mewujudkan lebih banyak kesedaran awam untuk menyokong usaha kerajaan dalam membendung jenayah yang semakin meningkat di dalam masyarakat seperti penyalah gunaan dadah, keganasan, dan perlakuan tidak bermoral yang boleh memecah-belah keluarga.

"Kembalilah kepada Tuhan dan kepercayaan dalam kehidupan baru seperti mana yang ditawarkan Tuhan dapat menghancurkan kejahatan sedemikian dan memperbaiki kehidupan demi kesejahteraan semua orang," katanya semasa merasmikan program berkenaan yang diadakan serentak di 22 bandar di Sabah. 

Sempena perayaan Bulan Kemerdekaan, beliau turut berharap rakyat berdoa supaya negeri dan negara diberkati dengan keamanan, kemakmuran dan perpaduan.

Dalam pada itu, Presiden SCC Bishop James Wong berkata, acara berjalan untuk Yesus - Perpaduan dan Doa yang  bertujuan untuk menunjukkan kesatuan komuniti Kristian datang bersama-sama mendoakan agar Tuhan memberkati negeri dan negara tercinta. 

 Gimik perasmian Program Walk For Jesus yang disempurnakan oleh Christina (lima kanan). 
FLAG OFF: Gimik perasmian Program Walk For Jesus yang disempurnakan oleh Christina (lima kanan). 

"Marilah kita mendoakan bagi pelbagai aspek kehidupan dari segi pentadbiran yang baik, pendidikan, pelancongan, aspek kewangan, pembangunan dan lain-lain.

"Hasil kutipan acara ini akan disumbangkan kepada Persatuan Penjara iaitu satu badan yang membantu banduan penjara dalam proses rehabilitasi mereka dan memberi sokongan bantuan kepada keluarga banduan yang memerlukan," tambahnya. 

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, Uskup Agung Kota Kinabalu, Datuk John Wong dan Pengarah Jabatan Penilaian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lifred Taliban.

  • oleh
  • Advertisement