Anda di sini

Didakwa guna dokumen palsu untuk dapatkan tender

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender perkhidmatan bekalan makanan di sekolah.

Mohd Zaim Garama, 31, didakwa dengan curang menggunakan penyata bank miliknya yang diketahuinya palsu untuk mendapatkan tender berkenaan di Sekolah Kebangsaan (S.K) Abuan, Beluran.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah setelah tuduhan itu dibacakan kepadanya di depan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Sabit salah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 465 kanun sama, penjara selama tempoh lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 20 September terhadap Mohd Zaim yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Selain itu, tertuduh diarahkan melaporkan dirinya kepada pegawai penyiasat sekali dalam tempoh dua bulan.

  • oleh
  • Advertisement