Anda di sini

Sambutan kibar Jalur Gemilang di Labuan memberangsangkan

Advertisement
 Pelajar turut bersama memasang bendera.
SEKOLAH: Pelajar turut bersama memasang bendera.

LABUAN: Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini tahun ini amat terasa dengan penglibatan masyarakat akar umbi dalam pelbagai program yang dijalankan termasuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan Simsudin Sidek berkata pelbagai program yang melibatkan penduduk seperti kerja kejiranan, konvoi dan persembahan budaya membangkitkan lagi rasa sayang kepada negara Malaysia.

“Penglibatan penduduk sehingga ke kampung-kampung dapat mengeratkan lagi hubungan di antara rakyat dan pemimpin,” katanya yang juga pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan.

Julius Elias turut berkongsi nada yang sama di mana sambutan masyarakat akar umbi terhadap pengibaran Jalur Gemilang amat baik dalam menunjukkan jati diri dan integriti sebagai rakyat Malaysia.

“Sambutan rakyat jelas kelihatan sejak pelancaran bulan kemerdekaan dan diharap sambutan itu lebih bersemarak ketika majlis penutupan nanti,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Warisan-PH Labuan.

 Simsudin (dua kanan) bersama masyarakat.
SAMBUTAN: Simsudin (dua kanan) bersama masyarakat.

Sementara itu, Nor Halim Zaini berharap lebih banyak promosi dijalankan ke atas penglibatan masyarakat setempat.

“Lebih baik jika terdapat ramai pihak melaksanakan tanggungjawab sosial korporat untuk menyumbangkan bendera kepada penduduk sepanjang bulan kemerdekaan,” katanya yang juga timbalan ketua bahagian Warisan Labuan.

Tinjauan pengibaran bendera di pelbagai sudut dalam kawasan bandar di sini menunjukkan terdapat banyak bendera dikibarkan namun masih ada ruang untuk ditambah meriah.

  • oleh
  • Advertisement