Anda di sini

Dua sekolah di Miri ditutup akibat jerebu hari ini

Advertisement
Murid-murid SJKC Chung Hua Tudan dibenarkan pulang apabila jerebu semakin teruk.
Murid-murid SJKC Chung Hua Tudan dibenarkan pulang apabila jerebu semakin teruk.

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan di sini ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu semakin teruk.

Mejar Ismail Mahedin daripada Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata proses pengajaran dan pembelajaran terpaksa dihentikan kerana keadaan jerebu yang semakin teruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 223. 

"Indeks bacaan semakin meningkat menyebabkan sekolah telah menyuraikan murid sekitar jam 9 pagi. Sekolah paling teruk ialah SJKC Chung Hua Tudan yang terletak berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri. 

"Kawasan sekolah dilanda jerebu yang semakin teruk akibat daripada kebakaran hutan yang berlaku berhampiran kawasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SK Kuala Baram 2 mempunyai seramai 556 murid perdana, 50 murid pra sekolah dan 45 guru manakala SJKC Chung Hua Tudan mempunyai seramai 1,300 murid perdana dan 64 guru. 
 

Advertisement