Anda di sini

DBKK perlu pangkalan data pantau setinggan

Advertisement
 Nordin (kiri) bersama Shafie (kanan) menunjukkan isyarat bagus sempena majlis pelancaran itu.
TERBAIK: Nordin (kiri) bersama Shafie (kanan) menunjukkan isyarat bagus sempena majlis pelancaran itu.

KOTA KINABALU Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu sistem pangkalan data yang lengkap bagi memantau pertumbuhan setinggan secara efektif.

Mayor DBKK Datuk Nordin Siman berkata, sistem pangkalan data yang lengkap dapat membantu mengenal pasti kawasan setinggan untuk kawalan dan bantuan.

Selain itu, katanya, DBKK juga menyokong pewartaan kawasan yang boleh diperakukan sebagai rezab kampung.

"Sehingga hari ini, DBKK mengemukakan sebanyak 10 permohonan tanah untuk rezab kampung, perumahan kos rendah dan penempatan.

"DBKK di bawah Program 'Action Smart City Network', terpilih untuk menjalankan kajian bandar pintar di kawasan Kuala Menggatal.

"Ia bagi menyediakan skim perancangan guna tanah untuk mewujudkan penempatan semula membabitkan kira-kira 7,000 isi rumah di kawasan setinggan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran 'KK Moving Forward' yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, di sini semalam.

Nordin berkata, perancangan seumpama itu bukan sahaja membantu menempatkan golongan setinggan malah memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

"Kajian bandar pintar Kuala Menggatal ini dijangka siap pada Oktober dan hasil kajiannya akan dijadikan skim pembangunan bandar Kuala Menggatal.

"Ia akan dilaksanakan selepas kajian berkenaan memenuhi syarat-syarat teknikal dan mengambil kira peningkatan pembangunan ekonomi dan perkhidmatan pembangunan sosial," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement