Anda di sini

Perbicaraan saman fitnah Wan Junaidi vs Chong Chieng Jen pada Mac depan

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 2 hingga 6 Mac tahun depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes saman fitnah Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar terhadap pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen.

Pengurusan kes hari ini dilakukan melalui persidangan video di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Dr Lim Hock Leng.

Melalui persidangan video tersebut, hakim  menetapkan 29 November depan sebagai tarikh pengurusan kes. 

Peguam Wilfred Yap Yau Sin hadir ke mahkamah di sini hari ini mewakili Wan Junaidi, sementara Chong Chieng Jen diwakili Chong Siew Chiang dan Michael Kong.

Wan Junaidi memfailkan saman fitnah terhadap Chong Chieng Jen setelah Chong melabelkannya sebagai "hipokrit", dan seterusnya menuntut ganti rugi tidak kurang daripada RM1 juta.

Wan Junaidi, melalui peguamnya, Wilfred Yap, mengeluarkan surat terhadap Chong Chieng Jen pada 3 April tahun ini yang memohon agar Chong menarik balik kata-kata tersebut. 

Wan Junaidi juga mengarahkan agar Chong mengeluarkan permohonan maaf tersebut menerusi akhbar-akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa.

Chong kemudian diberi masa sehingga jam 5 petang pada 8 April lalu untuk memberi maklum balas kepada Wan Junaidi.
 

  • oleh
  • Advertisement