Anda di sini

Resolusi Sabah IT Symposium 2019 perlu dimaklumkan kepada Kerajaan Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Hasil resolusi daripada Sabah IT Symposium perlu dimaklumkan kepada Kerajaan Sabah agar satu usaha akan diambil untuk manfaatkan hasil berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penganjuran symposium berkenaan adalah satu usaha yang baik dan sangat dialu-alukan.

 Shafie (lima kanan), Taufiq (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan strategik UMS.
GAMBAR KENANGAN: Shafie (lima kanan), Taufiq (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama rakan-rakan strategik UMS.

"Symposium ini adalah melibatkan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah.Net dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah. 

"Penganjuran ini membolehkan kita merungkai isu-isi terbabit dan juga cabaran yang ada bagi memastikan kita tahu serta maklum apa sebenarnya masalah timbul atau berkisar dalam kalangan masyarakat dan juga pemain dalam industri.

"Kita sedar revolusi industri 4.0 ini adalah sesuatu yang kita perlu ketahui untuk terbabit secara langsung, " katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sabah IT Symposium 2019, di sini.

Beliau berkata, sekiranya negeri ini gagal menyertai dalam kemajuan berkenaan, sudah pasti usaha ke arah menjadikan Sabah berasaskan perindustrian akan ketinggalan.

Katanya, kerajaan sedar sistem yang sedia ada mungkin akan lapuk dalam jangka masa terdekat, sekiranya tidak dapat  menyesuakan diri dengan ilmu pengetahuan dan keupayaan dalam industri baharu ini, Sabah sudah pasti akan ketinggalan.

"Hari ini kita dapati surat khabar tidak lagi dibeli orang sebaliknya boleh dibaca menerusi atas talian. Seseorang itu tidak lagi perlu ke pusat beli belah membeli barangan tetapi menempahnya menerusi perkhidmatan atas talian.

"Semua ini menyedarkan kita untuk menyediakan bukan sahaja prasarana infrastruktur tetapi juga polisi dasar dan insentif bagi membolehkan kita melahirkan tenaga manusia serta usahawan yang ingin melabur dalam sektor ini," katanya.

Menurutnya, pelbagai inisiatif sudah dilakukan oleh kerajaan dan swasta seperti mana syarikat telekomunikasi dalam negara ini yang sememangnya terlibat secara langsung dengan industri 4.0.

Katanya, Sabah.Net, Warisan Harta dan Perbadanan Pembanguan Ekonomi Sabah (Sedco) boleh memainkan peranan agar prasarana yang disediakan dapat mempermudahkan pemain industri mendapat manfaat sebaik mungkin.

"Bagaimanapun, kita juga perlu lihat dan pastikan peluang pekerjaan dapat dilahirkan selaras dengan perkembangan berkenaan," katanya.

Hadir sama ialah Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement