Anda di sini

Mayat warga Myanmar lemas ditemui

Advertisement
 Mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga operasi SAR semalam.
TRAGIK: Mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga operasi SAR semalam.

SIBU: Mayat lelaki warganegara Myanmar yang dihanyutkan arus deras Batang Rajang dijumpai semalam.

Pemangku Ketua Bomba Zon 4 Sibu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Si Thu Htun, 21, ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Komander Operasi PBT Mohd Shukri melaporkan operasi SAR hari ketiga disambung pada jam 7.49 pagi.

“Pagi ini (semalam) pihak bomba membuat operasi menggunakan kaedah ‘surface searching.’ Semalam (Sabtu) pihak bomba telah membuat selaman dan dasar sungai didapati dalam keadaan ‘clear.’

“Mangsa dijumpai pihak bomba dan polis pada jam 10.15 pagi pada jarak tujuh kilometer dari tempat kejadian,” jelasnya menerusi satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, dengan penemuan mayat mayat operasi SAR ditamatkan.

Operasi SAR disertai BBP Sungai Merah dengan kekuatan lima anggota dan seorang pegawai operasi, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mangsa dilaporkan lemas selepas dibawa arus deras di Batang Rajang di sini, tengah hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam laporan Utusan Borneo kelmarin berkata, mangsa bersama seorang rakan sekerja dikatakan terjun dari atas tongkang yang berlabuh berhadapan dengan sebuah kilang sekitar jam 12.40 tengah hari.

“Difahamkan, mangsa baru selesai menggunting rambut sebelum terjun ke sungai bersama seorang rakan sekerja untuk mandi.

“Apabila melihat mangsa terkapai-kapai, rakannya cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana arus sungai terlalu deras,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement