Anda di sini

Penjenayah tegar ditangkap miliki dadah dan senapang angin

Advertisement
Senapang angin yang dirampas daripada suspek
Senapang angin yang dirampas daripada suspek

KUCHING: Meskipun pernah ditangkap beberapa kali atas kesalahan jenayah berkaitan dadah, namun seorang lelaki tidak serik sehingga ditangkap sekali lagi kerana memiliki pelbagai jenis dadah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata suspek,40 tahun itu ditangkap semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di Jalan Kapor, di sini iaitu sekitar jam 5.30 petang.

Menurutnya, pasukan serbuan bukan sahaja menemui dadah yang dianggarkan bernilai RM1,950 malah turut menemui selaras senapang angin berserta peluru.

"Hasil pemeriksaan bilik pertama telah menemui satu paket plastik berisi serbuk merah disyaki serbuk ecstacy, satu bekas plastik yang didapati terdapat 10 biji pil disyaki pil ecstacy dan turut ditemui dua paket plastik yang disyaki mengandungi syabu.

"Selain itu juga, pemeriksaan ke dalam bilik tidur suspek juga membawa kepada penemuan selaras senapang angin berserta peluru timah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasnir Abdul Hamid
Hasnir Abdul Hamid

Suspek bersama semua barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine," katanya

Suspek kini diitahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan," kata Hasnir.
 

  • oleh
  • Advertisement