Anda di sini

Enam positif dadah ditangkap di Kampung Pulau Salak

Advertisement
 

KUCHING: Seramai enam individu ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana positif dadah dalam satu serbuan di Kampung Pulau Salak, di sini semalam.

Jurucakap AADK Kuching berkata kesemua yang ditahan termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 30an dan didapati positif dadah jenis syabu.

"Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983," katanya.

Operasi tersebut dilakukan dari jam 8 malam sehingga 12.45 pagi dengan turut disertai anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). 

Tamat

  • oleh
  • Advertisement