Anda di sini

Pemandu nyaris maut kereta dihempap pokok

Advertisement
Anggota bomba mengalihkan dahan pokok yang menghempap kereta.
Anggota bomba mengalihkan dahan pokok yang menghempap kereta - Gambar ihsan Bomba 

KUCHING: Seorang pemandu nyaris maut apabila keretanya dihempap sebatang pokok yang tumbang dalam kejadian di Jalan Tai Shin Jar, Batu 3 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian itu, mangsa bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikerahkan ke lokasi untuk memberi bantuan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.49 petang.

"Komander operasi melaporkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta. 

"Terdapat seorang individu iaitu pemandu kenderaan tersebut dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba telah memotong pokok tersebut dan mengalihnya ke tepi jalan.

Operasi ditamatkan tidak lama kemudian.

  • oleh
  • Advertisement