Anda di sini

Maxis membina rangkaian canggih, pintar sokong kelajuan, daya tahan, tuntutan 5G

Advertisement
 Jurutera rangkaian Maxis menunjukkan pesawat SkyEye dalam penerbangan.
CANGGIH: Jurutera rangkaian Maxis menunjukkan pesawat SkyEye dalam penerbangan.

KUCHING: Maxis telah membina rangkaian yang canggih dan pintar bergelar Rangkaian A.I. untuk menyokong kelajuan, daya tahan dan tuntutan 5G.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia Rangkaian A.I. dibina di atas infrastruktur 5G dengan jejakan gentian optik terluas kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Dibentuk dengan seni bina rangkaian Next-Gen IP serta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I. Maxis mengoptimumkan trafik data di sepanjang laluan yang paling efisien dan memperbaiki diri sendiri dengan jangkaan dan alihan trafik di sekitar kawasan yang berpotensi mempunyai masalah.

Ia bagi memastikan pengalaman Internet menjadi lebih lancar dan bebas ‘lag’ serta sentiasa terhubung untuk aplikasi-aplikasi perniagaan yang kritikal.

“Rangkaian yang berdaya tahan, tangkas serta sedia berskala adalah amat penting untuk penyelesaian perusahaan kami yang semakin berkembang, yang memenuhi keperluan kritikal pelanggan kami.

“Oleh kerana 5G dan fiber dijangka menjadi tumpuan gaya hidup digital yang giat berkembang, rangkaian yang pintar akan bekerja keras untuk kami supaya kami dapat memfokus kepada menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik.

“Rangkaian A.I. yang kami bina sendiri juga membuktikan fokus kami dalam membina keupayaan sendiri dan menggalakkan bakat-bakat kami untuk memainkan peranan dalam perjalanan yang menarik ini,” kata Ketua Pegawai Teknologi Maxis Morten Bangsgaard.

Pada masa yang sama, diagnostik berkelajuan tinggi oleh A.I. Maxis telah dilatih untuk pengesanan dan ramalan masalah struktur yang tepat dan cekap serta mampu mencadangkan langkah penyelenggaraan proaktif yang sesuai.

Untuk melihat bagaimana rangkaian A.I. Maxis yang canggih menyesuaikan dirinya secara intuitif bagi semua jenis situasi, sila tontoni video di https://youtu.be/fqH3oueLocA

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian A.I. Maxis, sila layari https://www.maxis.com.my/about-maxis/maxis-network/ms/

Advertisement