Anda di sini

Ibadah korban pupuk semangat ketaqwaan dan perpaduan

Advertisement
 Sesi memasak daging korban.
KERJASAMA: Sesi memasak daging korban.

SANDAKAN: Pas Kawasan Batu Sapi telah berpadu tenaga menjalankan ibadah korban bersama dengan penduduk Kampung Pulau Sanghai.

Program itu bertujuan memupuk hubungan silaturahim yang lebih erat dalam kalangan ahli Pas kawasan Batu Sapi dengan penduduk kampung, di samping mengagihkan daging korban kepada golongan asnaf di kampung itu.

Penduduk Kampung Pulau Sanghai turut hadir memeriahkan majlis dengan bergotong-royong melapah dan memasak daging korban seawal jam 7 pagi.

Menurut Imam Kampung Pulau Sanghai, Imam Sebarudin Madun, ibadah korban itu merupakan julung kalinya diadakan selama 42 tahun beliau menetap di kampung itu.

Sementara, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Batu Sapi Norsah Bongsu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada penduduk kampung atas kepercayaan yang diberikan untuk menguruskan ibadah korban tahun ini di pulau berkenaan.

Beliau turut menyeru kepada penduduk kampung agar berazam untuk melaksanakan ibadah korban sendiri pada tahun hadapan.

"Pas Batu Sapi telah lama menjalin hubungan dengan penduduk Pulau Sanghai. Hubungan ini terjalin bermula tahun 2011 lagi sejak Surau Harakah dibina," katanya pada Majlis Serahan Agihan Daging Korban kepada penduduk di sana.

Beliau turut menyebut beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk terutamanya berkaitan isu bekalan air bersih dan elektrik.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak pemerintah dapat mengambil tindakan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi penduduk kampung terlibat.

  • oleh
  • Advertisement