Anda di sini

30 keluarga terima agihan daging korban daripada UNIMAS

Advertisement
 Pelajar dan staf UNIMAS melapah lembu untuk diagihkan pada majlis korban anjuran PITAS dengan kerjasama PTJ UNIMAS semalam.
KERJASAMA: Pelajar dan staf UNIMAS melapah lembu untuk diagihkan pada majlis korban anjuran PITAS dengan kerjasama PTJ UNIMAS semalam.

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 30 keluarga telah menerima agihan daging korban pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) semalam.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah menyempurnakan penyerahan daging korban kepada golongan asnaf terpilih di PITAS.

Beliau dalam ucapannya memuji kerjasama yang ditunjukkan kakitangan UNIMAS dalam menjayakan majlis korban tersebut yang mana menurutnya kerjasama itu boleh menjadi resipi mengekalkan perpaduan dalam kalangan warga universiti.

“Apa yang kita pelajari daripada majlis sebegini bukan sahaja tentang mengukuhkan silaturahim sesama warga UNIMAS tetapi menyemai kebertanggungjawapan kita kepada masyarakat yang memerlukan bantuan,” katanya.

Mohammad Kadim turut menyatakan harapan agar majlis sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penyertaan dan kerjasama daripada warga universiti.

“Kerjasama dan perpaduan yang kita tonjolkan menjadikan aktiviti korban dapat dijalankan dengan mudah dan cepat.

“Saya berharap ia dapat memberi keyakinan kepada pihak lain untuk melakukan aktiviti serupa pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, dua lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah diserahkan kepada keluarga asnaf terpilih dari Kampung Binyu, Kampung Tanjung Bako dan Kampung Tanah Putih yang diwakili penghulu dan ketua kampung masing-masing.

Advertisement