Anda di sini

Tanzania kebumi puluhan korban letupan lori tangki minyak

Advertisement
 Anggota tentera memberi penghormatan terakhir sebelum mengebumikan mayat puluhan orang yang terbunuh dalam letupan lori tangki minyak di Morogoro, timur Tanzania kelmarin. — Gambar Reuters
SELAMAT BERSEMADI: Anggota tentera memberi penghormatan terakhir sebelum mengebumikan mayat puluhan orang yang terbunuh dalam letupan lori tangki minyak di Morogoro, timur Tanzania kelmarin. — Gambar Reuters

MOROGORO: Tanzania kelmarin mengebumikan sebahagian daripada 71 orang yang terbunuh ketika cuba mengambil minyak petrol dari sebuah lori tangki minyak yang terbalik dan kemudian meletup.

Letupan, yang berlaku pada Sabtu lepas berhampiran pekan Morogoro di barat ibu negara ekonomi Dar es Salaam, merupakan yang terbaharu dalam satu siri bencana sama di Afrika.

Presiden John Magufuli mengumumkan tempoh berkabung sehingga semalam. Beliau telah diwakili di beberapa upacara pengebumian oleh Perdana Menteri Kassim Majaliwa.

Majaliwa bercakap pada upacara di Kola, kurang 20 minit dari mana bencana itu berlaku kira-kira 200 kilometrer di barat Dar es Salaam.

Beliau memberikan angka kematian baharu seramai 71 orang, di samping 59 yang tercedera.

Keranda putih telah diturunkan ke dalam liang lahad oleh anggota pasukan keselamatan, selepas paderi Kristian atau imam Islam melakukan sembanyang ringkas dan membuang segenggam tangan ke atasnya.

Seorang paderi Pentecostal bernama Mechak berkata pada upacara sembahyang yang disiarkan di televisyen bahawa “ini seharusnya bertindak sebagai satu pe-ngajaran bagi kita. Ketika terdapat kemalangan seperti ini kita seharusnya memastikan keadaan selamat dan membiarkan anggota penyelamat melakukan tugas mereka.”

Ujian DNA akan dilakukan terhadap beberapa mayat yang rentung hingga sukar dikenal pasti, kata Menteri Hal Ehwal Parlimen Jenista Mhagama, sambil menambah bahawa beberapa keluar-ga boleh menuntut mayat orang tersayang mereka dan menguruskan pengebumian mereka sendiri sekiranya mereka memilih sebegitu.

Seorang wanita  yang me-nemani jirannya untuk me-nuntut mayat seorang mangsa di hospital berkata: “Apabila saya melihat mangsa tercede-ra seluruh badan saya menggigil. Mereka telah terbakar seperti cebisan daging.”

Beberapa saksi menyatakan lori itu terbalik ketika ia cuba mengelak sebuah motosikal dan penduduk tempatan segera berkumpul di tempat kejadian bagi mengambil minyak.

Letupan berlaku apabila seorang lelaki cuba mengambil bateri lori, mencetuskan percikan yang membakar minyak, menurut gabenor wilayah tersebut.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan lori itu diselubungi asap dan api, dengan mayat yang rentung dan rangka beberapa teksi motosikal yang hangus terbakar berselerak di atas tanah di antara pokok-pokok yang terbakar.

Satu rakaman video yang tular di media sosial yang diambil sebelum letupan menunjukkan beberapa orang membawa tong minyak ku-ning di sekeliling lori itu.

“Kami tiba di tempat ke-jadian dengan dua jiran sejurus selepas lori itu terbalik. Ketika beberapa orang awam yang baik hati sedang cuba membantu pemandu serta dua orang keluar dari lori, sekumpulan yang lain telah berasak-asak antara satu sama lain, sambil membawa botol minyak, bagi mengumpulkan petrol,” seorang guru, January Michael memberitahu AFP.

“Pada masa yang sama, seseorang sedang cuba mengeluarkan bateri dari kenderaan itu. Kami memberikan amaran bahawa lori itu mungkin meletup pada bila-bila masa namun tiada sesiapa yang mahu mendengar, maka kami pergi dari situ, namun tidak lama selepas kami beredar dari situ, kami mendengar bunyi letupan.”

Kelmarin, Presiden Magufuli telah melawat sebahagian mangsa yang tercedera di sebuah hospital di Dar es Salaam.

“Semoga Tuhan menyembuhkan kamu,” kata beliau kepada 43 pesakit, sebahagian daripada mereka ber-ada dalam keadaan sangat serius.

Majaliwa kelmarin berkata sebuah jawatankuasa khas akan menyiasat sama ada kesilapan pengurusan telah menyumbang kepada bencana tersebut.

“Ketika rakyat kita yang kini sudah mati sedang me-ngumpul minyak tumpah, adakah sesiapa yang cuba untuk menghalang mereka?” soal Majaliwa.

Magufuli telah menyeru kepada orang ramai agar berhenti mencuri minyak dengan cara sebegitu, satu kejadian biasa di sekitar Afrika, menyatakan beliau “sangat terkejut” dengan amalan berbahaya ini. — AFP

Advertisement