Anda di sini

Dua stesen catat bacaan IPU tahap bahaya di Miri

Advertisement

MIRI: Dua stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini mencatatkan bacaan indeks udara berbahaya, dengan ILP Miri mencecah 338 pada jam 8 pagi ini, manakala SK Kuala Baram 2 mencatatkan bacaan 362. 

Bacaan IPU di SK Kuala Baram 2, mulai menurun pada jam 8 pagi tadi selepas mencatatkan bacaan tinggi pada jam 5 pagi tadi, iaitu 419 dan mulai menurun pada jam 7 pagi tadi, dengan bacaan 401, namun masih dalam paras berbahaya. 

Manakala bacaan IPU di stesen ILP Miri yang mencatatkan bacaan meningkat dari 316 jam 7 pagi tadi. melonjak kepada 362 pada jam 8 pagi ini. 

Bagaimanapun stesen Miri di pusat bandar raya ini kekal dengan bacaan di paras sederhana dengan catatan 90 pada jam 7 pagi dan 8 pagi ini. 

Bacaan IPU di antara 0 hingga 50 adalah baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat, serta bacaan 301 hingga ke atas adalah berbahaya. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menjejaskan lagi kualiti udara dan menyebabkan jerebu bertambah buruk.

Selain itu bagi kawasan yang terjejas teruk, orang ramai dinasihatkan untuk memakai topeng hidung bagi mengelakkan kesihatan dan pernafasan mereka daripada terjejas.

  • oleh
  • Advertisement