Anda di sini

1,000 tiket 'acrobatic circus' disumbang kepada penjawat awam

Advertisement
 Lau menyerahkan tiket pertunjukan kepada Amir (kanan).
SUMBANGAN CSR: Lau menyerahkan tiket pertunjukan kepada Amir (kanan).

LABUAN: Sebanyak 1,000 tiket disumbangkan kepada kalangan penjawat awam Perbadanan Labuan kategori B40 untuk menyaksikan 'Europe Acrobatic Circus & Charity Bazaar' di sini pada 1-30 Oktober depan.

Sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu disampaikan Lau Ngue Jiong bagi pihak pelaksana pertunjukan kepada Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) Dato Seri Amir Hussein pada Khamis.

"Pertunjukan ini juga mendapat sokongan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli," kata Lau.

Mendahului pertunjukan itu ialah program 'Lighting Festival' bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang turut diiringi aktiviti jualan sepanjang 13 Ogos hingga 8 September.

Hadir sama ialah urusetia penganjur Liati Ali Hassan dan Norainah Sabudin.

Liati dan Norainah berharap program berkenaan dapat menyumbang kepada usaha mempromosi sektor pelancongan di sini dan seterusnya menjana sumber untuk kalangan penggerak sektor berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement