Anda di sini

PPM tangkap dua suspek terlibat kes bom ikan

Advertisement
 Perahu dan muatan yang dibawa kedua-dua suspek turut ditahan untuk proses siasatan.
BOM IKAN: Perahu dan muatan yang dibawa kedua-dua suspek turut ditahan untuk proses siasatan.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menangkap dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bom ikan di perairan Kg Tobo-Tobo di sini kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah; ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua suspek dikenalpasti warga tempatan, juragan, 22, dan anak perahu, 28, serta ditahan di sebuah perahu.

 “Mereka ditahan susulan maklumat daripada Unit Risikan Marin (URM) PPM Semporna berhubung aktiviti bom ikan di kawasan perairan terbabit,” katanya di sini semalam.

 Pajeri berkata, hasil pemeriksaan mendapati perahu suspek turut membawa muatan ikan seberat kira-kira 5kg yang disyaki diperolehi hasil aktiviti menggunakan bahan letupan.

 Juragan dan anak perahu ditahan oleh PPM Semporna kerana disyaki terlibat dalam aktiviti bom ikan.
SUSPEK: Juragan dan anak perahu ditahan oleh PPM Semporna kerana disyaki terlibat dalam aktiviti bom ikan.

Berikutan itu, penahanan ikan, perahu, enjin sangkut dan barang kes lain bernilai lebih RM9, 300, serta suspek dijalankan mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

“Kedua-dua suspek dan kesemua barang rampasan berkenaan kemudiannya dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement