Anda di sini

Hari Keahlian Everwin Eco Mart Sibu Jaya dari 9 hingga 11 Ogos

Advertisement
 Orang ramai sedang memilih barang keperluan mereka di Pasar Raya Everwin Eco Mart Sdn Bhd, Sibu Jaya.
REBUT PELUANG: Orang ramai sedang memilih barang keperluan mereka di Pasar Raya Everwin Eco Mart Sdn Bhd, Sibu Jaya.

SIBU: Pasar Raya Everwin Eco Mart Sdn Bhd di Sibu Jaya menawarkan harga terendah untuk semua jenis barangan sempena Hari Keahlian bermula 9 hingga 11 Ogos ini.

Pengurus Besar Moh Yong Ming berkata, pengunjung yang mempunyai kad keahlian akan menikmati harga keahlian yang sangat berbaloi untuk semua barang yang ada di pasar raya berkenaan.

“Sempena Hari Keahlian ini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua pelanggan yang mempunyai kad keahlian Everwin.

“Tawaran hebat ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga Ahad ini,” jelasnya.

Tambahnya, untuk itu, selama tiga hari Pasar Raya Everwin Eco Mart Sdn Bhd akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Menurut Moh, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga pembekal.

“Setiap tahun kami mengadakan Hari Keahlian untuk semua pelanggan yang setia berkunjung ke pasar raya kami,” ujarnya.

Untuk memiliki kad keahlian Everwin, Moh berkata, para pelanggan hanya perlu membayar RM5 untuk pendaftaran seumur hidup.

“Datang beramai-ramai dan jangan lepas peluang menikmati harga terendah yang ditawarkan di Pasar Raya Everwin Eco Mart Sdn Bhd selama tiga hari ini,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement