Anda di sini

Rogol gadis bawah umur: Pemuda diarah bela diri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 20 tahun diperintahkan membela dirinya pada 13 dan 17 September atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu terhadap Kelvin Chong Hon Lam, selepas kes terbabit ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Dalam keputusan itu, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang diwakili peguam Sylvester Kuan.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 28 Mac 2017 jam 11 malam di University Apartment, Jalan Sulaman di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan, penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Sepanjang perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan, seramai lima saksi dipanggil memberikan keterangan.

Kelvin yang didakwa atas tuduhan itu pada 17 Mei 2017 mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement