Anda di sini

Lelaki tempatan dipenjara 14 bulan pecah masuk kedai

Advertisement
 

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang lelaki tempatan yang memecah masuk dan mencuri laci mesin kira di premis cawangan Guardian Health & Beauty Sdn Bhd di sini.

Hakim Zaini Fisher @Fisal menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Kah Keong, 22, yang melakukan kesalahan itu di premis berkenaan pada 27 Mac 2019, kira-kira jam 8.45 pagi.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan jika kali kedua hendaklah juga dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati melakukan pecah kedai dan mencuri sebuah laci mesin kira wang milik premis itu.

Dalam fakta kes, hasil siasatan di premis mendapati tertuduh masuk ke premis antara jam 4 pagi dan 4.29 pagi dengan merosakkan mangga premis dan aktivitinya dirakam tujuh kamera litar tertutup di premis.

Kerugian pengadu hanya pada kerosakan pintu utama dan pintu cermin kaca kedai yang dirosakkan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Siti Zubaeda Md Kassim.

Hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berasingan dengan hukuman kesalahan lain.

Sebelumnya pada Julai, tertuduh juga telah dihukum penjara tiga tahun kerana memecah masuk dan mencuri di Pejabat Pergerakan Umno Silam.

  • oleh
  • Advertisement