Anda di sini

Nadal ingin pertahankan kejuaraan ATP Montreal

Advertisement
NADAL
NADAL

MONTREAL, Kanada: Juara bertahan, Rafael Nadal, mengetuai barisan pemain di kejohanan Siri Master Montreal yang bermula hari ini dengan Novak Djokovic dan Roger Federer memilih untuk tidak hadir pada kejohanan penting persediaan ke Terbuka Amerika (AS).

Dengan Djokovic dan Federer menangguhkan persediaan ke Terbuka AS selepas beraksi di final Wimbledon, Nadal, 33, akan memburu impian untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas apabila menewaskan bintang muda berbakat, Stefanos Tsitsipas di final.

Tsitsipas kembali semula ke kejohanan ini, bersama-sama pemain muda berbakat lain seperti Dominic Thiem dari Austria dan Alexander Zverev dari Jerman, masing-masing diletakkan sebagai pilihan kedua dan ketiga kejohanan.

Federer dan Djokovic tidak dijadualkan beraksi sehingga kejohanan Siri Master Cincinnati pada 12 Ogos depan, memberikan mereka hanya satu lagi kejohanan persediaan sebelum Terbuka AS bermula pada 26 Ogos depan.

Nadal, meningkatkan prestasi beliau selepas satu lagi musim dicemari kecederaan dan menegaskan walaupun rayuan dan pujukan dari penganjur di Cincinnati selepas berkata tidak akan membuat keputusan sama ada akan bermain di sana atau tidak sehingga melihat kedudukan beliau selepas  kejohanan di sini.

“Bergantung kepada apa yang berlaku di Montreal, saya hanya akan membuat keputusan lewat tentang penampilan saya di Cincinnati,” kata beliau. — AFP

Advertisement