Anda di sini

Waris tiga kanak-kanak dicari

Advertisement
MUHAMMAD RIAN ABULLAH
MUHAMMAD RIAN ABULLAH

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah sedang mengesan ibu bapa atau waris kepada tiga kanak-kanak termasuk seorang kanak-kanak perempuan.

Pegawai Pelindung Khanafiah Sablee dari Pejabat Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu berkata dua kanak-kanak lelaki iaitu Muhammad Rian Abdullah, 5, Roslee, 7, serta Nurfitriah Abdullah, 7, kini ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu sejak dimasukkan oleh ibu kandung masing-masing pada 2015.

Khanafiah berkata bagi Muhammad Rian, beliau dimasukkan ke rumah kanak-kanak itu atas permohonan ibu kandung kanak-kanak itu sendiri kerana tidak mampu menjaganya.

ROSLEE
ROSLEE

"Namun sehingga kini, ibu kandung mahu pun waris lain tidak pernah datang melawat kanak-kanak terbabit malah ibu kandung tidak dapat dikesan hingga kini," katanya.

Manakala Roslee dimasukkan ke rumah kanak-kanak berkenaan kerana ibunya dihantar balik ke negara asal di Filipina. Sejak itu ibu kandung mahu pun saudara mara tidak pernah datang untuk melawat dan juga menuntut kanak-kanak itu.

Bagi Nurfitriah, dia dimasukkan ke sini kerana ibunya menghidap penyakit schizophrenia dan merupakan pesakit di Hospital Mesra Bukit Padang. Selain itu, ibunya juga merupakan seorang penagih dadah. Sejak itu juga, ibu kandung mahu pun saudara mara tidak pernah datang melawat dan menuntut kanak-kanak itu.

Menurut Khanafiah, ketiga-tiga kanak-kanak ini diletakkan dibawah jagaan sementara dari calon Orang Yang Layak dan Sesuai, setelah mendapat perintah mahkamah pada 3 Julai 2019.

NURFITRIAH ABDULLAH
NURFITRIAH ABDULLAH

Sehubungan itu, ibu bapa atau waris atau orang ramai yang dapat memberikan maklumat tentang keluarga ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan agar menghubungi pihak pelindung.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi Dollie Juliet Gabrine atau Khanafiah di talian 088-269821 atau datang terus ke Pejabat Kebajikan Bahagian di tingkat 8, Lot 8-05 & 8-13, Menara MAA, Lorong Api-Api Centre.

  • oleh
  • Advertisement