Anda di sini

mula berkhidmat dalam parlimen Jepun

Advertisement
 Gambar Jiji Press menunjukkan Funago (kanan) dan Kimura diiringi penjaga mereka sewaktu memasuki                 bangunan Diet ketika parlimen baharu memulakan persidangan di Tokyo, Jepun semalam.  — Gambar AFP
MULA BERKHIDMAT: Gambar Jiji Press menunjukkan Funago (kanan) dan Kimura diiringi penjaga mereka sewaktu memasuki bangunan Diet ketika parlimen baharu memulakan persidangan di Tokyo, Jepun semalam. — Gambar AFP

TOKYO: Dua penggubal undang-undang dengan kelumpuhan serius duduk di kerusi mereka dalam parlimen Jepun semalam yang disambut oleh penyokong mereka dengan sorakan, kerana ini adalah kali pertama orang dengan kekurangan upaya yang teruk berkhidmat dalam dewan tersebut.

Yasuhiko Funago dan Eiko Kimura memenangi kerusi pada bulan lepas dalam pemilihan Dewan Senat Negara dan penggunaan kerusi roda khas yang boleh direbahkan telah memerlukan peng-ubahsuaian kepada parlimen Jepun.

Kedua-dua mereka bergantung kepada bantuan penjaga, dan pemilihan mereka telah mengetengahkan ha-kikat bahawa Jepun hanya membayar untuk penjagaan sedemikian jika orang kurang upaya (OKU) berkenaan tidak bekerja.

Penggubal undang-undang itu dan aktivis hak OKU ber-kata ini sebenarnya meng-hukum OKU yang mahu bekerja.

Dewan Senat Jepun bersetuju untuk membayar gaji penjaga Funago dan Kimura, tetapi penggubal undang-undang baharu itu mahu peraturan diubah secara meluas.

“Ia akan memakan masa yang lama untuk menukar sistem, tetapi kita akan berusaha gigih dalam parlimen untuk memperbetulkan masalah besar ini,” kata Kimura kepada penyokong yang bersorak di luar ba-ngunan Diet ketika parlimen baharu memulakan persidangan.

Sebuah tanjakan sementara khas membolehkan penggubal undang-undang tersebut untuk menurut istiadat masuk menerusi pagar utama Diet, yang dibuka hanya pada hari-hari istimewa ini.

Namun untuk sampai ke dewan utama, mereka perlu masuk semula menerusi pintu belakang untuk mengakses lif tunggal.

Pegawai Diet menyatakan mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan bagi penggubal undang-undang baharu itu tetapi memberi amaran bahawa batasan wujud.

“Ia adalah sukar dari segi teknikal untuk memasang cerun dan lif yang menghubungkan pintu masuk utama ke dewan, kerana bangunan ini sangat tua, dibina ketika perkataan ‘bebas perintang’ tidak wujud,” kata seorang pegawai parlimen kepada AFP.

Namun kemudahan lain sudah disediakan, termasuk mengeluarkan kerusi untuk memberi ruang kepada kerusi roda khas yang digunakan oleh penggubal undang-undang dan mengubah peraturan untuk membolehkan penjaga mereka menghadiri persidangan.

Kerja pengubahsuai-an setakat ini memakan kos sebanyak 880,000 yen (RM48,600).

Kedua-dua penggubal undang-undang itu, yang memenangi kerusi atas tiket sebuah parti pembangkang kecil yang baharu ditubuhkan, amnya lumpuh dari bahagian leher ke bawah.

Funago, 61, merupakan orang pertama dengan ALS yang dipilih ke parlimen negara.

Beliau tidak dapat bercakap dan hanya berkomunikasi dengan kelipan mata kepada penjaganya atau menggunakan sistem komputer yang dikendalikan dengan mulutnya.

Kimura, 54, lumpuh dari bahagian leher ke bawah kecuali bagi tangan kanannya.

Pejabat kabinet Jepun menyatakan seramai 9.63 juta orang di negara itu mempu-nyai kecacatan fizikal, mental atau intelek.

Namun demikian, sementara negara itu bersiap sedia untuk menganjurkan Para-limpik pada tahun depan, beberapa aktivis menyatakan OKU masih dipinggirkan di Jepun dan memuji pemilihan Funago dan Kimura sebagai kemenangan bagi perwakilan dan keterlihatan komuniti tersebut.

“Saya mahu mereka mencapai kejayaan. Kebanyakan orang tidak tahu bagaimana keadaan orang yang meng-alami kecacatan serius. Saya harap kita dapat bermula de-ngan memberitahu orang,” kata Yumiko Watanabe, 51, yang lumpuh dari bahagian dada ke bawah, kepada AFP.

Dia ingin bekerja dan berharap untuk melihat kedua-dua penggubal undang-undang itu menuntut negara yang lebih inklusif.

“Saya mahu orang tahu bahawa kita yang mempunyai kecacatan yang serius tidak akan terlantar di atas katil jika penjagaan diberikan.” — AFP

Advertisement