Anda di sini

Lebah kelulut berpotensi dalam bidang pertanian

Advertisement
MADIUS menurunkan tandatangan tanda simbolik perasmian  Kali Kedua Persidangan dan Bengkel Lebah Kelulut Antarabangsa.
MADIUS menurunkan tandatangan tanda simbolik perasmian Kali Kedua Persidangan dan Bengkel Lebah Kelulut Antarabangsa.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, Malaysia memerlukan sumber pendapatan alternatif baru untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, salah satu projek yang berpotensi dalam bidang pertanian adalah perladangan lebah kelulut.

Katanya, ladang lebah kelulut yang diperkenalkan di Malaysia  pada 2004 oleh Mardi menyediakan spesies alternatif baru yang bebas dari penyakit dan memerlukan amalan pengurusan ladang sederhana di mana pengusaha boleh mengendalikan projek tersebut sebagai kerja sambilan.

"Sejak itu, perkembangan dalam industri ini telah memupuk banyak peminat tempatan dan antarabangsa. 

Malah ladang madu kelulut amat penting kepada pemuliharaan dan kemapanan ekosistem kerana ia menawarkan pendebungaan semulajadi, keselamatan makanan masa depan, generasi berpendapatan tinggi, produk perubatan dan peluang penyelidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan dan Bengkel Lebah Kelulut Antarabangsa (ISBCW) yang kedua, bertempat di Hotel TH, dekat sini pada Khamis.

Persidangan selama tiga hari itu (31 Julai-3 Ogos) dianjurkan bersama oleh International Institute of Plantation Management (IIPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UiTM Sabah dan Koperasi Pembangunan Desa (KPD).

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Shafie berkata, permintaan untuk madu dan produk sampingan serta perkhidmatan lain dari aktiviti pemeliharaan lebah kelulut akan diterokai dan disambungkan kepada konsep pengurusan rantaian bekalan.

Katanya, madu kelulut telah disenaraikan sebagai makanan berkhasiat tinggi di Malaysia oleh MARDI dan permintaannya telah meningkat, kerana orang ramai kini lebih menyedari hasil dan manfaatnya.

Katanya, pada masa ini kerajaan menerokai cara untuk membangunkan ladang madu kelulut dan mentranasformasi sektor pertanian melalui memodenkan dan mengkomersialkan industri itu bersama-sama dengan keseluruhan bekalan nilai rantaian.

"Namun, pengeluaran madu yang rendah,  kualiti yang tidak konsisten dan harga madu yang tinggi, lambang madu yang dipalsukan di pasaran tempatan, kekurangan standard madu Malaysia, tiada badan atau pusat untuk memantau perkembangan lebah telah menjadi cabaran utama dalam industri madu kelulut," katanya.

Justeru, katanya persidangan itu menyediakan platform yang tepat untuk peserta bertukar-tukar idea dan mengemas kini pengetahuan keatas perkembangan terkini dan amalan didalam industri madu kelulut untuk penyelidikan, penemuan, pembiakan, pemgurusan penuaian madu, polisi, latihan, piawaian dan pengurusan kualiti.

"Ini juga merupakan tempat yang tepat untuk para penyelidik, ahli akademik, inovator dan pelajar untuk berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi mereka dalam persidangan ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement