Anda di sini

Motosikal terbabas, penunggang cedera di kepala

Advertisement
MANGSA terbaring di atas jalan selepas terbabas melanggar bonggol jalan di Petagas.
MANGSA terbaring di atas jalan selepas terbabas melanggar bonggol jalan di Petagas.

PUTATAN: Penunggang motosikal mengalami kecederaan selepas motosikal dinaiki terbabas melanggar bonggol jalan yang tidak berwarna di Jalan SRK Petagas pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian jam 9.10 pagi itu berlaku apabila mangsa berumur 20-an dari arah Teluk Villa menuju ke Petagas.

"Mangsa hanya menyedari bonggol jalan terbabit semasa menghampirinya sebelum menekan brek lalu hilang kawalan sehingga terbabas.

"Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya.

Haris berkata kes disiasat mengikut Rule-10 Kaedah-Kaedah lalu lintas Jalan LN166/59.

  • oleh
  • Advertisement