Anda di sini

177 murid SK Mawar jayakan Hari Unit Beruniform

Advertisement
JENNIFER merakam gambar bersama pentadbir sekolah dan tetamu khas.
JENNIFER merakam gambar bersama pentadbir sekolah dan tetamu khas.

SANDAKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar, Sandakan mengadakan Hari Unit Beruniform peringkat sekolah yang melibatkan semua unit beruniform seperti Pengakap, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Belia Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri Tunas, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Taekwondo, pada Sabtu lepas (27 Julai).

Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Kaunselor Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jennifer Chan selaku wakil kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong.

Dalam teks ucapannya, beliau berkata program ini sesungguhnya akan melahirkan murid yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin suatu hari nanti.

"Sikap berdisiplin murid untuk menceburkan diri dalam semua aktiviti yang mencabar minda akan dapat melahirkan semangat berpasukan dalam unit beruniform," katanya.

Katanya, aspek kemenjadian murid haruslah dilihat secara holistik dan menyeluruh dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.

Aspek pendidikan seperti ini adalah untuk melahirkan insan yang berfungsi di tengah-tengah setiap komuniti dan masyarakat.

Beliau yakin sistem pendidikan yang berteraskan nilai ini mampu melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan seterusnya mencintai negara.

Warga SK Mawar seramai 177 murid Tahun 5 dan 6 masing-masing telah terlibat secara langsung dalam pertandingan kawad kaki unit beruniform, pertandingan booth, pertandingan pemasangan khemah, pertandingan uniform segak (kategori lelaki dan perempuan) dan pertandingan buku log terbaik.

Guru Besar SK Mawar Rohaya Hj. Maidin turut mengucapkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir iaitu Ketua Unit Pembangunan & Kemanusiaan PPD Sandakan Ahmad Yusof Mohamad, Pegawai Perhubungan SK Mawar SM Zainal Abu Bakar, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Mawar.

PERTANDINGAN pemasangan khemah.
PERTANDINGAN pemasangan khemah.

"Terima kasih juga kepada badan-badan kerajaan yang sudi bekerjasama mengadili pertandingan kawad kaki oleh pegawai-pegawai jemputan dari Jabatan Penjara Malaysia Sandakan dan badan bukan kerajaan (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Sandakan, Skip Mohd Bobie Jamalu, Pesuruhjaya Daerah Skip Mohammad Saat, 10 Pengakap Kelana F dan lima Pengakap Kelana C)," katanya.

Ucapan tahniah juga kepada Ahmad Yusof atas komitmen cemerlang semua guru dan AKP, ibu bapa dan semua anak didik SK Mawar.

Beliau mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan pengisian yang seiring dengan Gelombang Kedua Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan oleh para pemimpin negara.

  • oleh
  • Advertisement