Anda di sini

JPBM komited bina balai bomba atas air di Sabah

Advertisement
HAMDAN
HAMDAN

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus komited bagi membangunkan balai bomba kategori E di lokasi-lokasi terpilih kampung atas air di Sabah.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Haji Wahid berkata, Sabah mempunyai isu kebakaran
kampung atas air dan pihaknya sudah merencanakan program bagi mengatasi permasalahan berkenaan.

"Salah satu caranya adalah membina balai bomba atas air yang sudah ditentukan lokasinya bagi memastikan tindakan pantas dapat diberikan ketika berlakunya kecemasan seperti kebakaran.

"Usaha ini akan menjadikan tindakan menyelamat dan memadam kebakaran lebih cepat, cekap dan berkesan," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2019, di sini pada malam Isnin.

Beliau berkata, selama ini pihaknya hanya menggunakan pendekatan intervensi darat yang didapati kurang memenuhi kehendak dan keperluan kecemasan itu.

Hamdan percaya usaha memberikan perkhidmatan di kawasan terjejas akan lebih berkesan dengan adanya balai bomba air dan bot yang ditetapkan untuk tujuan menyelamat, memadam api serta rawatan.

Sementara itu katanya, JBPM tahun ini akan memberikan fokus terhadap keperluan jentera bersaiz kecil untuk memasuki kawasan terpencil seperti kenderaan pacuan empat roda.

"Kemungkinan tahun ini kita akan menerima 50 buah kenderaan itu, pada masa yang sama jentera pemadaman bomba sukarela...kita juga akan buat perolehan dalam tahun ini dijangka sebanyak 50 buah dan unit motosikal 99 buah.

"Ini semua adalah kelengkapan dan peralatan bagi memperkasakan lagi perkhidmatan kebombaan di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, dengan adanya aset-aset berkenaan, pihaknya berharap anggota JBPM mampu memperkukuhkan perkhidmatan kepada rakyat, Beliau percaya masa tindak balas dan kecekapan dapat ditingkatkan ketika melaksanakan tugas.

"Aset-aset itu akan diagihkan kepada sleuruh 16 negeri dan memberikan fokus kepada balai bomba yang
mempunyai panggilan serta risiko tinggi selaras dengan peralatan yang bakal disediakan.

"Kita juga dalam usaha memperoleh satu jentera hazmat yang kini masih dalam proses perolehan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement