Anda di sini

Wujudkan program sistematik lahirkan lebih ramai usahawan Bugis

Advertisement
JAUJAN (enam kiri), Saripuddin (lima kiri), Norazlina (empat kanan), Osman (tiga kanan), Hamisa (dua kanan) dan Amrullah (kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
JAUJAN (enam kiri), Saripuddin (lima kiri), Norazlina (empat kanan), Osman (tiga kanan), Hamisa (dua kanan) dan Amrullah (kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

TAWAU: Pelbagai program khusus perlu digerakkan secara sistematik serta berterusan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bugis berjaya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha seumpama itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pelbagai aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

"Suka saya menyarankan kepada semua bukan sahaja para ahli persatuan dewan perniagaan Bugis tetapi juga seluruh masyarakat Bugis agar menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh.

"Ia berpotensi membentuk satu usahasama yang lebih besar demi kejayaan negeri ini," katanya ketika merasmikan Karnival e-PADAIDI Bugis Sabah (KEReBA), di sini, malam Sabtu.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong.

Shafie berkata, Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah serta badan bukan kerajaan yang terlibat berperanan menerajui pembangunan keusahawanan dan perniagaan masyarakat Bugis dalam negeri ini.

Katanya, Kerajaan Sabah sentiasa mengalu-alukan inisiatif seumpamanya dapat dianjurkan secara konsisten demi pembangunan keusahawanaan serta perniagaan di Sabah.

"Penganjuran majlis ini juga satu wadah penting bagi kita semua untuk mewujudkan kerjasama yang utuh lagi mantap dalam kalangan ahli.

"Semangat kerjasama ini sewajarnya diterapkan ke dalam setiap ahli kerana ia akan berupaya mewujudkan satu rangkaian usahasama besar," katanya.

Menurutnya, program berkenaan turut mampu memupuk sikap saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat Bugis bukan sahaja di Tawau tetapi juga daerah lain seluruh Sabah.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saripuddin Hatta, Adun Kunak Norazlina Arif, Adun Balung Datuk Osman Jamal, Adun Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Amrullah Kamal, Timbalan Presiden MPT Tony Koh serta Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Hj Mohd Manuke.

  • oleh
  • Advertisement