Anda di sini

SRA Bambangan anjur Larian R4F 12 Ogos

Advertisement
JURIE
JURIE

KOTA MARUDU: Sekolah Rendah Advent (SRA) Bambangan meletakkan misi tersendiri menganjurkan ‘Run for Fun (R4F) 2019’ pada 12 Ogos depan untuk mengisi tabung penyiapan asrama sekolah mubaligh di tempat terpencil itu.

Pastor Jurie Rumondok berkata, setakat ini R4F telah menerima pengesahan penyertaan dari kalangan penggemar aktiviti riadah beserta pelari di sini dan beberapa daerah sekitar seperti Pitas, Kudat dan Kota Belud.

“Kami telah menerima pengesahan penyertaan lebih 200 peserta namun pendaftaran terus dibuka sehingga ke tarikh larian,” katanya di sini selepas sesi larian pemanas badan.

Pastor Jurie yang juga Pendeta Sevent-Day Adventist (SDA) Marak Parak berkata laluan larian agak menyeronokkan dengan sedikit cabaran sejauh 8km.

Menurutnya, laluan adalah berbukit, berbatu dan berhutan yang melewati Gunung Nambuyukung (Tambuyukung) di sebelah kiri dan pemandangan Gunung Kinabalu pada bahagian atasnya.

Jurie menjelaskan, projek Asrama SRA Bambangan berkeluasan 20’ x 40’ yang berkapasiti 20 murid itu bertujuan menempatkan kalangan murid sekolah berkenaan dari keluarga kurang berkemampuan serta daif.

“Berkat sumbangan yang bakal dikumpulkan diharap dapat memberi sinar kepada anak-anak 30 keluarga di sekolah itu memperoleh sinar pendidikan pada masa hadapan,” katanya.

Para peserta larian itu khususnya yang baru pertama kali datang ke lokasi Serinsim dan suka bersantai akan menikmati pemandangan serta udara segar pasti memperoleh pengalaman baharu dengan kemudahan penginapan dan kantin di Stesyen Taman Negara Sabah Kinabalu Sub Serinsim.

“Para peserta juga akan mendapat pingat serta sehelasi baju-t SRA Bambangan dan insuran kemalangan diri,” katanya.

Kg Bambangan terletak 45km dari sini dan pada suatu ketika dahulu merupakan kampung paling terpencil yang hanya boleh didatangi pacuan empat roda tapi kini sudah membangun dan boleh didatangi dengan selesa.

  • oleh
  • Advertisement