Anda di sini

Piala Belia: B19 Tambadau guna gabungan pemain lawan Sarawak

Advertisement
BILLYTON
BILLYTON

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 tahun Tambadau Sabah guna gabungan pemain utama dan simpanan pada perlawanan terakhir menentang Sarawak dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Negeri, Sarawak petang ini.

"Untuk perlawanan terakhir ini saya akan turunkan gabungan pemain utama dan simpanan terutama pemain yang masih muda.

"Kita ada ramai pemain muda dalam pasukan ini tetapi tidak bolehlah turunkan semua pemain simpanan kerana mereka ini masih belum cukup pendedahan dan kurang `match fitness'," kata ketua jurulatih Billyton Vun Kit Ming ketika dihubungi, Sabtu.

Apapun, pertembungan antara dua pasukan Borneo itu lebih kepada pelengkap jadual sahaja di mana kedua-duanya adalah penghuni dua tangga tercorot dalam saingan kumpulan yang membabitkan 11 pasukan.

Sarawak di tangga ke-10 dengan 13 mata manakala Sabah di     tangga tercorot dengan 10 mata. Kedudukan itu dijangka kekal walaupun Sabah menang berdasarkan perbezaan jaringan yang berpihak kepada Sarawak.

Sebagai rekod, pertemuan pusingan pertama di Stadium Penampang berpihak kepada Sarawak dengan kemenangan 1-0.

Saingan peringkat kumpulan dijalankan secara liga dua pusingan bagi menentukan empat pasukan teratas mara ke pusingan suku akhir.

Empat tempat ke suku akhir itu sudah dimiliki Terengganu FC IV, perak, AMD B-16 dan Selangor.

  • oleh
  • Advertisement