Anda di sini

Sertai Jerayawara ‘Susu Pasteur Eco Fresh’ di Everrise Green Heights Mall

Advertisement
 (Barisan depan dari kiri) Brett, Caroline, (barisan belakang dari kiri) Chong, Nur Irfan, Daniel, Eunice, Ong dan Siaw melancarkan jerayawara.
SERTAI KAMI: (Barisan depan dari kiri) Brett, Caroline, (barisan belakang dari kiri) Chong, Nur Irfan, Daniel, Eunice, Ong dan Siaw melancarkan jerayawara.

KUCHING: Pasar raya Everrise di Green Heights Mall akan mengadakan Jerayawara ‘Susu Pasteur Eco Fresh’ dari 26 hingga 28 Julai sebagai penghargaan kepada pelanggan.

Dengan setiap pembelian dua pek susu pasteur Eco Fresh 1000ml dalam satu resit, pelanggan layak mendapatkan satu pek susu pasteur Eco Fresh 250ml secara percuma.

Pembelian empat pek susu pasteur Eco Fresh dalam satu resit, pelanggan boleh membawa pulang satu pek susu pasteur Eco Fresh 250ml dan satu beg penyejuk.

Peraduan mewarna oleh kanak-kanak akan diadakan pada 27 Julai (Sabtu) pada jam 2.00 petang.

Pelanggan yang membeli satu pek susu pasteur Eco Fresh 1000ml layak menyertai peraduan ini.

Peraduan ini terhad kepada 30 kanak-kanak pertama berusia enam hingga 10 tahun, atas dasar siapa dahulu dia layak.

Pemenang boleh membawa pulang hadiah menarik seperti trofi, hamper alat tulis dan produk susu pasteur Eco Fresh. Tempat ditaja oleh Green Heights Mall.

Selain itu, pertandingan kanak-kanak minum susu dan pertandingan orang dewasa minum susu juga akan diadakan pada 27 Julai (Sabtu) pada jam 4.00 petang.

Dengan pembelian satu pek susu pasteur Eco Fresh 1000ml, pelanggan layak untuk mengambil bahagian atas dasar siapa dahulu dia layak.

Peserta berpeluang untuk memenangi produk susu pasteur Eco Fresh.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Everrise Green Heights Mall.

Hadir sama pada majlis pelancaran jerayawara itu Penyelia Everrise Green Heights Mall, Brett Stephen, Caroline Johnson, Chong Chee Yang dan Mohammad Nur Irfan Raycarl Punpun, Eksekutif Pemasaran Eco Farm Solution Sdn Bhd, Daniel Fong, Eksekutif Jualan Kanan Eunice Yeo, Eksekutif Kanan Everrise Green Heights Mall, Ong Siak Lee dan Eksekutif Kanan, Siaw Siew Tiong.

Advertisement