Anda di sini

Wanita didakwa miliki 31 gram dadah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita berusia 23 tahun berhadapan hukuman penjara seumur hidup, selepas didakwa memiliki dadah seberat 31 gram. 

Norhayati Ahmad didapati melakukan kesalahan itu pada 10 Julai jam 10.50 pagi di sebuah rumah atas air, Kampung Numbak, Manggatal di sini. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama. 

Hukuman yang diperuntukkan, penjara minimum lima tahun atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang daripada 10 sebat. 

Bagaimanapun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita. 

Dalam pada itu tiada pengakuan diambil daripada Norhayati yang dihadapkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz. 

Sementara itu, Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja memohon tarikh sebutan baharu ditetapkan sementara menunggu laporan kimia diperolehi. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos terhadap tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement