Anda di sini

Tiga rumah terbakar, pemilik rumah dan anggota bomba cedera

Advertisement
API marak memusnahkan tiga rumah penduduk di Kampung Rampayan, Manggatal.
API marak memusnahkan tiga rumah penduduk di Kampung Rampayan, Manggatal.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang manakala seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah di Kampung Rampayan, Manggatal di sini petang Selasa.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Jamikah Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.37 petang dan menggegaskan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu untuk menjalankan operasi pemadaman.

"Kejadian membabitkan tiga rumah masing-masing dua rumah seluas 40x50 kaki persegi dan sebuah lagi seluas 20x30 kaki persegi terbakar keseluruhan.

"Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba dan api dapat dikawal jam 2.05 petang," katanya.

Menurutnya seorang lelaki berumur 70 tahun melecur di bahagian muka dan belakang sebanyak 12 peratus semasa berusaha menyelamatkan diri dari kebakaran terbabit.

Tambahnya mangsa sudah dihantar ke hospital sebelum ketibaan anggota bomba ke lokasi.

PENOLONG Pengarah Bahagian Operasi Sabah Misran Bisara melawat anggota bomba yang terkena renjatan elektrik semasa memadam kebakaran di Kampung Rampayan, Manggatal.
PENOLONG Pengarah Bahagian Operasi Sabah Misran Bisara melawat anggota bomba yang terkena renjatan elektrik semasa memadam kebakaran di Kampung Rampayan, Manggatal.

"Seorang anggota bomba berumur 23 tahun terkena renjatan elektrik semasa menjalankan operasi pemadaman, bagaimanapun dia berada dalam keadaan sedar serta stabil.

"Anggota kini sedang menerima rawatan dan berada dalam pemerhatian di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2)," katanya.

Beliau berkata operasi sepenuhnya ditamatkan jam 3.51 petang.

  • oleh
  • Advertisement