Anda di sini

Nangka United, Projek bertemu di pentas final Liga Zon Tengah 2019

Advertisement
 Pemain Nangka United melakukan tendangan ke gawang lawan sebelum kemenangan berpihak kepada Nangka United 5-1.
TENDANG: Pemain Nangka United melakukan tendangan ke gawang lawan sebelum kemenangan berpihak kepada Nangka United 5-1.

SIBU: Skuad Nangka United dan Projek bertemu di final Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019 di Padang Penjara Sibu pada 27 Julai ini, mulai jam 4 petang.

Kedua-dua pasukan itu berjaya ke peringkat akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.

Nangka United menundukkan P.206 FC dengan 5-1, manakala Projek memperolehi kemenangan selepas mengekalkan kedudukan 4-2 hingga ke wisel penamat ketika menentang Sessang FC.

Dengan keputusan itu, P.206 dan Sessang FC akan bertemu pada 27 Julai ini bagi merebut tempat ketiga.

Pertembungan peringkat akhir bakal sengit berikutan kedua-dua pasukan menunjukkan prestasi permainan cemerlang untuk bergelar juara.

Pasukan juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM5,000 dan RM2,000.

Bagi tempat keempat bakal meraih wang tunai RM1,000 manakala pemain muncul penjaring terbanyak dan penjaga gol terbaik menerima hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Liga Bola Sepak Zon Tengah Sarawak 2019 dianjurkan oleh Urus Setia Sosial, Kebudayaan, Sukan dan Perpaduan Nangka, Pemuda PBB Sibu dan Pusat Khidmat Nangka.

Advertisement