Anda di sini

Trump setuju beri keputusan mengenai permintaan lesen jualan kepada Huawei

Advertisement
Gambar fail Reuters


KUCHING: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk membuat keputusan yang dinantikan berkenaan permohonan syarikat-syarikat Amerika Syarikat bagi meneruskan jualan kepada Huawei Technologies Co Ltd  yang telah disenaraihitamkan.

Memetik laporan Reuters, persetujuan itu dibuat semasa perjumpaan beliau bersama ketua-ketua teknologi seperti Google pada Isnin.

Sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif yang hadir dalam mesyuarat tersebut meminta agar keputusan perlesenan dilaksanakan tepat pada masanya dari Jabatan Perdagangan namun menurut White House, eksekutif menyatakan sokongan kuat bagi sekatan keselamatan negara pada pembelian dan penjualan peralatan telekomunikasi Amerika Syarikat ke Huawei

Reuter turut melaporkan bahawa mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cisco, Intel Corp, Broadcom Inc, Qualcomm, Micron Techonology Inc dan Western Digital serta Alphabet Inc.

Mesyuarat itu berlangsung ketika masa depan hubungan Amerika Syarikat dengan Huawei masih tidak menentu.

Sebelum ini, syarikat dari Amerika Syarikat diharamkan untuk Bahagian dan komponen produk mereka kepada Huawei tanpa lesen khas. 

Bagaimanapun, bulan lepas Trump telah menarik semula keputusan selepas perbincangan perdagangan dengan Beijing.

Eksekutif-eksekutif juga rasa tidak senang dengan Setiausaha Jabatan Perdagangan Wilbur Ross, yang juga menghadiri mesyuarat itu, kerana tidak menyediakan garis panduan yang jelas mengenai dasar mengenai penjualan kepada syarikat China.

Sementara itu, menurut Ross, lesen akan diberikan sekiranya tiada ancaman kepada keselamatan negara. 

Reuters melaporkan minggu lepas bahawa AS mungkin akan meluluskan lesen bagi syarikat untuk memulakan semula jualan baru dalam masa beberapa minggu.

Bagamanapun, Washington Post melaporkan pada Isnin, bahawa Huawei secara diam-diam membantu Korea Utara membina dan menegekalkan rangkaian tanpa wayar komersialnya.

Amerika Syarikat menuduh Huawei melanggar sekatan Iran dan mencuri harta intelektul Amerika, namun Huawei menafikan.

Washington juga telah melobi kerajaan bersekutu untuk mengekalkan Huawei daripada rangkaian 5G mereka dengan alasan bahawa peralatan syarikat itu boleh digunakan untuk mengintip kerajaan China.

White House berkata, amalan perdagangan antarabangsa yang tidak adil dan teknologi 5G juga dibincangkan dalam majlis itu pada hari Isnin..

Advertisement