Anda di sini

Bonnie mahu tambah jumlah angkatan

Advertisement
Bonn
Bonnie (tengah) ketika tiba di KLIA hari ini - Gambar Bernama

SEPANG: Atlet angkat berat para negara Bonnie Bunyau Gustin mahu meningkatkan jumlah angkatan kepada 210 kilogram (kg) sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Powerlifting Piala Dunia 2020, di Dubai tahun hadapan.

Atlet kelahiran Sarawak itu berkata beliau mahu terus fokus ke arah itu demi mencapai matlamat untuk mengulangi kejayaan cemerlang yang sama di Dubai setelah berjaya meraih dua pingat emas pada Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Nur-Sultan, Kazakhstan minggu lepas.

“Saya kini menyasarkan untuk meningkatkan angkatan kepada 210 kilogram (kg) selepas berjaya mengangkat lebih 200kg. 

“Saya harap latihan yang akan diterima selepas ini mampu membuatkan saya mencapai sasaran tersebut," katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Kazakhstan hari ini. 

Bonnie menunjukkan pingat emas yang dimenanginya ketika tiba di KLIA hari ini. - Gambar Bernama
Bonnie menunjukkan pingat emas yang dimenanginya ketika tiba di KLIA hari ini. - Gambar Bernama

Bonnie meraih gelaran juara dunia kategori bawah 65kg selepas mencatat angkatan seberat 207kg pada cubaan ketiga kejohanan itu di Pusat Kongres Astana, Kazakhstan. Sebelum itu, beliau muncul juara apabila berjaya melakukan angkatan 109kg dalam acara 65kg (bawah) lelaki pada kejohanan sama.

Atlet berusia 19 tahun itu berkata beliau perlu mempamerkan aksi cemerlang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam senarai ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bonnie berkata beliau kini semakin bersemangat selepas berjaya menewaskan dua juara dunia pada kejohanan tersebut. 

"Sekarang masih 50-50 dan saya harap tuah kejayaan saya minggu lalu dapat digunakan ketika bertanding di Dubai tahun depan," katanya. - Bernama 

Advertisement