Anda di sini

Pemandu teksi, Grab digesa mencarum dengan Perkeso

Advertisement
CALVIN bersama Mariam memberi penerangan kepada pemandu-pemandu teksi di Sandakan.
CALVIN bersama Mariam selepas memberi penerangan kepada pemandu-pemandu teksi di Sandakan.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Calvin Chong menggesa semua pemandu teksi, pemandu Grab dan pemandu bas yang bekerja sendiri agar mendaftar sebagai pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menikmati faedah yang ditawarkan oleh Perkeso.

Gesaan itu dibuat sewaktu Calvin bersama Pengurus Perkeso Sandakan Hajah Mariam Hassan dan kakitangan mengadakan program di Pusat Bandar Sandakan bagi bertemu sendiri pemandu teksi memberi risalah kepada mereka sekaligus memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Bulan pertama adalah percuma kepada pemandu teksi,E-hailing dan bas yang belum pernah mendaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di Perkeso.

Calvin akan membuat sumbangan ikhlas kepada pemandu teksi dan bas yang berminat mendaftar bagi membuka akaun mereka di Perkeso Sandakan di mana beliau akan membayar pembukaan akaun itu  selagi kouta masih ada.

Calvin berkata, untuk mendaftar dan mencarum sebelum 31 Julai 2019 di Pejabat Perkeso berhampiran.

Menurutnya, caruman ini sangat bermanfaat kepada pekerja khasnya untuk pekerjaan sendiri kerana jika berlaku kemalangan semasa bekerja pihak Perkeso dapat memberi bantuan meringgankan beban mangsa untuk membuat rawatan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil mulai 1 Ogos 2019. Kegagalan untuk mendaftar adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau Tidak Melebihi 2 Tahun penjara atau kedua-duanya.

“Malah, jika pencarum telah meninggal, keluarga mereka boleh menuntut kerana boleh diwarisi oleh keluarga mereka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement