Anda di sini

SJKC Chi Wen adaptasi warga emas dalam program bersama murid

Advertisement
WARGA emas dan murid-murid SJKC Chi Wen selepas program.
WARGA emas dan murid-murid SJKC Chi Wen selepas program.

LABUAN: Golongan warga emas merupakan sebahagian daripada entiti sekolah yang perlu dihargai dan diberi ruang dalam kehidupan bermasyarakat.

Pelaksana program murid bersama warga emas, Chin Yin Min berkata program itu dirancang dan dilaksanakan bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling Juccy Then Yii Fen. 

"Program bersama warga emas disertai 24 murid ahli Pembimbing Rakan Sebaya," katanya.

Program itu dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SJKC Chi Wen di Pusat Aktiviti Warga Emas WP Labuan pada Jumaat. 

Pelbagai aktiviti dijalankan meliputi rekaan fesyen menggunakan bahan kitar semula, sesi terapi mengurut dan jamuan makan. 

Menurut Chin, program itu diadakan sesuai Dasar Warga Emas Negara yang disasarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pendidikan Malaysia. 

"Program seumpama ini dapat memberi inspirasi kepada anak-anak murid bagaimana menghargai warga emas dalam kehidupan," katanya. 

Beliau berkata melalui program seumpama itu anak murid secara tidak langsung dapat mempelajari kemahiran sosial untuk berkomunikasi serta berinteraksi dengan warga emas dan masyarakat. 

Pihak penganjur berterima kasih kepada Hong (pengusaha kantin) kerana menyumbangkan roti untuk program berkenaan. 

  • oleh
  • Advertisement