Anda di sini

Penuhi keperluan akta Pesuruhjaya Sukan

Advertisement
JOHNSON menyerahkan laporan tahunan STA kepada Lempini (tengah). Turut bersama ialah Tito.
JOHNSON menyerahkan laporan tahunan STA kepada Lempini (tengah). Turut bersama ialah Tito.

KOTA KINABALU: Anggota gabungan Persatuan Tenis Sabah (STA) diingatkan agar memenuhi keperluan Akta Pesuruhjaya Sukan bagi mengelakkan masalah pendaftaran mereka.

Presiden STA Johnson Koh berkata, beberapa daerah gabungan belum memenuhi Akta Pesuruhjaya Sukan yang boleh memungkinkan pendaftaran persatuan mereka dibatalkan.

Menurutnya, STA Daerah Kudat, Tawau dan Papar telah menerima surat tunjuk sebab terutama berhubung kegagalan menghantar laporan tahunan.

"Kota Kinabalu belum menerima surat tunjuk sebab tetapi mereka juga belum memanggil Mesyuarat Agung Tahunan.

"Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar anggota gabungan mematuhi Akta Pesuruhjaya Sukan bagi mengelakkan pendaftaran persatuan (daerah gabungan)  menghadapi masalah termasuk kemungkinan dibatalkan," katanya.

Johnson berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan menyerahkan laporan tahunan STA kepada Pesuruhjaya Sukan Sabah, Sempini Langiton di sini, Jumaat lalu.

Turut bersama dalam pertemuan itu ialah setiausaha STA Tito Latoja.

Dalam pertemuan itu, Johnson dan Tito juga telah meminta nasihat berhubung dengan daerah gabungan yang bermasalah.

Mereka juga telah dimaklumkan bahawa persatuan daerah baharu perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kelab sebagai anggotanya untuk melayakkannya didaftarkan.

Ia adalah peraturan baharu yang bertujuan mempromosikan lebih ramai pemain menyertai kelab.

  • oleh
  • Advertisement