Anda di sini

Belia Sabah tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar Belia

Advertisement
ALIPUDIN (berdiri, tengah) bersama jurulatih dan rakan-rakan SAVA meraikan pasukan bola tampar belia Sabah yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu.
ALIPUDIN (berdiri, tengah) bersama jurulatih dan rakan-rakan SAVA meraikan pasukan bola tampar belia Sabah yang menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu.

SANDAKAN: Pasukan bola tampar belia Sabah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar Belia Bawah 14 Tahun Lelaki yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 12 Julai lepas di Selangor itu menyaksikan juara disandang oleh pasukan Sarawak manakala naib johan adalah Johor dan tempat keempat adalah Pahang. 

Naib Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia merangkap Presiden Persatuan Bola Tampar Sabah (SAVA), Datuk Haji Alipudin Puyon diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pasukan sempena majlis penutupan kejohanan itu.

Beliau amat teruja dan berbangga dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pemain-pemain bola tampar belia Sabah yang berjaya menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu.

Katanya, bukan mudah untuk pasukan belia negeri ini sampai ke tahap itu apatah lagi pasukan yang lain adalah hebat-hebat belaka.

"Apapun, pasukan bola tampar belia kita telah bermain dengan begitu baik sekali dan cemerlang sehingga berjaya melepasi pelbagai peringkat seterusnya menduduki tempat ketiga. Syabas dan tahniah kepada semua," katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata SAVA akan terus komited untuk membangunkan sukan bola tampar di negeri ini.

Katanya, kemenangan pasukan bola tampar belia bawah 14 tahun merupakan satu suntikan semangat agar SAVA berusaha gigih dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat terutama di kalangan anak muda.

"Apa yang penting kita perlu memperbanyak kejohanan atau menyertai lebih banyak kejohanan terutama di peringkat kebangsaan agar prestasi pemain muda dapat dipertingkatkan bukan saja membantu mereka mendapat pengalaman, malah mutu sukan bola tampar negeri juga boleh berkembang maju," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement