Anda di sini

Asher-Smith perlu atasi rekod sendiri untuk memenangi emas

Advertisement
 (Dari kiri) pelari pecut Kanada, Andre De Grasse, Dina Asher dan atlet Jamaica, Omar McLeod memberikan ‘pose’ semasa sidang media di London, Britain. — Gambar Reuters
SEDIA BERAKSI: (Dari kiri) pelari pecut Kanada, Andre De Grasse, Dina Asher dan atlet Jamaica, Omar McLeod memberikan ‘pose’ semasa sidang media di London, Britain. — Gambar Reuters

LONDON: Juara pecut Eropah Dina Asher-Smith berkata dia mungkin perlu memecah rekod Britainnya sendiri untuk memenangi pingat emas dalam acara 100 meter di Sukan Ulang Tahun dalam barisan atlet termasuk juara Olimpik berganda Shelly-Ann Fraser-Pryce.

Asher-Smith mencatatkan 10.85 saat ketika dia memenangi pingat emas di kejuaraan Eropah di Berlin pada tahun lepas.

Dia percaya ia mungkin memerlukan masa yang jauh lebih pantas untuk menang di Stadium London, tempat bagi Olimpik 2012, pada hari ini (Ahad) sementara kiraan ke kejuaraan dunia di Doha diteruskan.

“Setiap padang yang saya masuki pada tahun ini adalah umpama final Olimpik dan dunia,” kata atlet berusia 23 tahun itu, yang memenangi tiga pingat emas di Berlin pada tahun lepas.

“Kami berada pada kedudukan yang hebat dalam acara pecut wanita sekarang kerana setiap kami kami melintasi garisan, anda perlu membawa yang terbaik.

“Semua kita tahu tarikh kejuaraan dunia, kita tahu kita perlu mencapai kemuncak prestasi pada hujung September dan awal Oktober.

“Kita telah bekerja ke belakang dari itu untuk memastikan prestasi saya pada tahap terbaik mungkin.”

Seorang lagi atlet Britain, Laura Muir, 26, berkata dia berada di puncak prestasinya menjelang London ketika dia bersiap sedia untuk acara 1500 meter semalam.

“Saya rasa saya dalam prestasi PB, prestasi hampir terbaik pernah saya rasakan,” katanya menjelang acara di Liga Berlian.

“Saya mencatatkan masa peribadi terbaik dalam acara 800 meter pada minggu lepas, jadi saya rasa saya dalam prestasi PB saya iaitu tiga minit 55 saat. Ia cuma sama ada semua kotak pada hari itu sudah dipangkah ataupun tidak.” — AFP

Advertisement