Anda di sini

Maghribi hukum mati tiga bunuh wanita Scandinavia

Advertisement
 Gambar gabungan bertarikh 20 Disember, 2018 serahan Jabatan Polis Maghribi                         menunjukkan dari kiri Rachid Afatti, Younes Ouaziyad dan Abdessamad Ejjoud yang dijatuhi              hukuman mati kelmarin kerana membunuh dua pelancong Scandinavia. — Gambar AFP
DIHUKUM MATI: Gambar gabungan bertarikh 20 Disember, 2018 serahan Jabatan Polis Maghribi menunjukkan dari kiri Rachid Afatti, Younes Ouaziyad dan Abdessamad Ejjoud yang dijatuhi hukuman mati kelmarin kerana membunuh dua pelancong Scandinavia. — Gambar AFP

SALE: Tiga penyokong kumpulan pengganas Daesh kelmarin dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Maghribi kerana memenggal kepala dua wanita Scandinavia yang sedang dalam lawatan pendakian di Gunung Atlas Tinggi.

Defendan telah meminta pengampunan daripada Tuhan semasa kenyataan terakhir mereka di kamar mahkamah yang penuh sesak di Sale, berhampiran ibu negara Rabat, selepas perbicaraan selama 11 minggu terhadap 24 suspek.

Wajahnya yang tanpa sebarang ekspresi dengan janggut dan kopiah kufi tradisional, Abdessamad Ejjoud  yang dikatakan adalah ketua kumpulan, telah merayu kepada Tuhan agar “meng-ampuninya”.

Peniaga jalanan berusia 25 tahun itu, yang juga seorang imam rahsia, telah mengaku merancang serangan bersama dengan dua rakyat Maghribi yang radikal pada Disember lepas.

Dia dan dua orang lagi mengaku membunuh pelajar Denmark berusia 24 tahun Louisa Vesterager Jespersen dan rakyat Norway berusia 28 tahun Maren Ueland dalam pembunuhan yang mengejutkan negara Afrika Utara itu..

Pendakwa raya dan pengguna media sosial telah me-nuntut hukuman mati terhadap kesemua tiga lelaki itu, walaupun Maghribi mempunyai pembekuan de facto terhadap hukuman mati sejak 1993.

Younes Ouaziyad, seorang tukang kayu berusia 27 tahun yang mengaku memenggal kepala salah seorang pelancong tersebut, turut meminta bagi “pengampunan Tuhan”.

Lelaki ketiga, Rachid Afatti berusia 33 tahun telah me-ngaku merakamkan pembunuhan kejam itu dengan menggunakan telefon bimbitnya.

Ketiga-tiganya kekal ti-dak menunjukkan sebarang emosi ketika hukuman dibacakan.

Wartawan telah berkum-pul di luar mahkamah anti-keganasan sebelum keputusan dimaklumkan.

“Kami menjangkakan hukuman yang setara dengan kekejaman jenayah tersebut,” peguam Khaled El Fataoui, bercakap untuk keluarga Jespersen, memberitahu AFP.

Helle Petersen, ibu Jespersen, dalam sepucuk surat yang dibacakan di mahkamah pada minggu lepas, menyata-kan: “Perkara yang paling adil dijatuhkan kepada tiga penjahat ini adalah hukuman mati yang sewajarnya.”

Keluarga Ueland telah menolak untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan.

Kesemua tiga lelaki yang dijatuhkan hukuman mati merancang untuk mengemukakan rayuan semalam terhadap hukuman “teruk”, kata peguam bela Hafida Mekessaoui.

Pihak pendakwaan telah meminta hukuman penjara antara 15  tahun dan seumur hidup untuk 21 defendan lain yang dibicarakan sejak 2 Mei.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap Kevin Zoller Guervos, seorang mualaf Islam dari Sepanyol-Swiss, kerana menyertai sebuah “kumpulan pengganas”.

Satu-satunya lelaki bukan rakyat Maghribi dalam kumpulan itu, Guervos dituduh mengajar suspek utama cara-cara menggunakan perkhidmatan mesej rahsia dan senjata api.

Peguamnya, Saad Sahli berkata Guervos telah memutuskan semua hubungan dengan suspek lain “sebaik sahaja dia mengetahui mereka memiliki idea ekstremis” lebih 18 bulan lepas.

“Keputusan ini adalah kejam dan tidak dapat diterima, kami akan membuat rayuan,” kata Sahli, sambil menambah para hakim telah gagal untuk mengambil kira “bukti yang menunjukkan dia tidak bersalah”.

Semua kecuali tiga daripada mereka yang dibicarakan telah menyatakan mereka adalah penyokong Daesh, menurut pihak pendakwaan, walaupun Daesh sendiri tidak pernah mengaku bertanggungjawab bagi pembunuhan tersebut.

Tiga pembunuh wanita tersebut merupakan “raksasa yang dahagakan darah”, kata pendakwa raya, menjelaskan bahawa laporan bedah siasat telah menemui 23 kecederaan pada mayat Jespersen yang dicacatkan serta tujuh pada mayat Ueland.

Ejjoud telah mengaku dalam satu perbicaraan sebelum ini mengenai pemenggalan kepala salah seorang wanita tersebut dan Ouaziyad untuk yang seorang lagi sementara Afatti membuat rakaman.

Pasukan pembela berhujah terdapat “perkara yang boleh mengurangkan hukuman berdasarkan keadaan sosial mereka yang teruk dan ketidakseimbangan psi-kologi”.

Berasal daripada latar belakang sosial yang biasa, de-ngan tahap pendidikan “sa-ngat rendah”, defendan hidup pada kebanyakan masanya di kawasan berpendapatan rendah di Marrakesh.

Bagaimanapun mahkamah mengarahkan ketiga-tiganya membayar sejumlah 2 juta dirham sebagai pampasan kepada ibu bapa Ueland.

Peguam Jespersen telah menuduh pihak berkuasa gagal untuk mengawasi aktiviti sebahagian daripada suspek sebelum pembunuhan, dan menyatakan mereka akan merayu terhadap keputusan.

“Perkara yang paling pen-ting bagi kami bukannya wang, ia adalah... mengecam pihak yang bersalah,” kata peguam keluarga El Fataoui.

Namun mahkamah menolak permintaan keluarga Jespersen untuk 10 juta dirham dalam pampasan dari negara Maghribi bagi “tanggung-jawab moralnya.” — AFP

Advertisement